Menurut Agensi Berita Vietnam malam tadi, bencana banjir yang melanda kawasan utara dan tengah Vietnam telah mengakibatkan 64 orang terkorban dan hilang.
Hanoi, bandar penting Vietnam telah mengalami hujan yang terbesar dalam beberapa puluh tahun kebelakangan ini. Setakat ini, 40 orang didapati terkorban. Selain itu, 17 orang lagi didapati terbunuh di provinsi Ha Tinh.
Menurut laporan itu, banjir akibat hujan itu telah menjejaskan jalan sepanjang 168 kilometer di desa dan telah memutuskan hubungan antara kawasan-kawasan perumahan di pelbagai kaunti. Hujan tersebut juga telah mengakibatkan banyak pencawang elektrik ditenggelami air dan kuasa elektrik di beberapa batang jalan terputus. Banyak juga sekolah dan pusat perubatan yang ditenggelami air. Palang Merah Vietnam telah mengumpulkan barang-barang bantuan yang bernilai 60 ribu dolar Amerika untuk dihantar ke buah 9 bandar dan provinsi yang dilanda banjir tersebut.
|