v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kaedah untuk Selesaikan Masalah Sumber Tenaga pada Masa Depan
2008-11-04 16:39:01 CRI

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara Singapura, profesor S Jayakumar menyatakan di Singapura hari ini bahawa, kaedah utama bagi menyelesaikan masalah sumber tenaga di bandar pada masa depan untuk menjamin pembangunan bandar yang berterusan ialah dengan meneroka tenaga alternatif dan meningkatkan kadar penggunaan sumber tenaga.

Dalam majlis perasmian "Sidang Tenaga Singapura" hari ini, Jayakumar menyampaikan ucapan yang bertajuk "Masalah Tenaga pada Era Bandar". Beliau berkata bahawa perkembangan bandar telah membawa pengaruh yang positif dalam banyak aspek, namun bandar yang amat kecil keluasan tapaknya di dunia ini menggunakan sumber tenaga yang begitu banyak. Cara utama untuk menyelesaikan masalah sumber tenaga di bandar pada masa depan ialah dengan mengurangkan secara terus-menerus kebergantungan terhadap bahan bakar fosil, menggunakan sumber tenaga secara rasional, serta meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh dibaharui. Bandar-bandar juga perlu mengurangkan penggunaan sumber tenaga dan pelepasan gas rumah hijau berdasarkan inisiatif sendiri dan permintaan pasaran.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |