Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung telah menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen di Hanoi semalam. Kedua-dua pihak berharap agar hubungan persahabatan dan kerjasama yang menyeluruh antara kedua-dua negara dapat melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.
Kedua-dua pihak mencapai persepakatan untuk mempertingkat pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang sumber manusia, penanaman dan pengangkutan, pertahanan, keselamatan, antikeganasan serta pembanterasan penyeludupan dadah dan manusia peringkat transnasional. Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menggiatkan kerjasama pelbagai hala dalam rangka kerja PBB dan ASEAN.
|