v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyeliaan dan Kawalan Kewangan Patut Ditingkatkan Dalam Pembaharuan Sistem Kewangan Dunia

2008-11-05 16:40:04 CRI

Menteri-menteri Kewangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menyelaraskan pendirian masing-masing untuk Sidang Kemuncak Kewangan Dunia yang akan diadakan pada bulan ini. Dalam mesyuarat bulanan yang diadakan di Brussels semalam, mereka menyatakan, penyeliaan dan kawalan kewangan patut terus ditingkatkan dalam pembaharuan sistem kewangan dunia.

Menteri Ekonomi, Kewangan dan Pekerja Perancis, Puan Christine Lagarde dalam sidang akhbar menyatakan bahawa pelan pembaharuan yang mengandungi 11 cadangan yang dibuat oleh Perancis telah mendapat sokongan dalam mesyuarat semalam.

Menurut pelan tersebut, sistem penyeliaan dan ramalan awal krisis kewangan seluruh dunia perlu diwujudkan dan agensi penyeliaan di pelbagai negara juga perlu meningkatkan kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, pembaharuan perlu dibuat dalam beberapa institusi kewangan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Di samping itu, entiti ekonomi seperti China dan India perlu diberi lebih banyak hak untuk bersuara dalam institusi-institusi kewangan antarabangsa itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |