v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Buat Kali Pertama Menyusun Pelan Tindakan bagi Melindungi Hak Asasi Manusia

2008-11-05 18:17:17 CRI

Baru-baru ini, kerajaan China telah memutuskan untuk menyusun Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia bagi membuat perancangan berkait dengan pengembangan usaha melindungi hak asasi manusia dalam tempoh dua tahun yang akan datang, dan mengemukakan beberapa langkah konkrit yang boleh dilaksanakan. Pakar yang berkenaan menyatakan bahawa keputusan tersebut amat bermanfaat untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia di China dan mendorong perkembangan usaha ini di seluruh negara.

Salah seorang penyusun pelan ini, Encik Chang Jian berpendapat bahawa penyusunan pelan tersebut merupakan tindakan yang penting dalam melaksanakan prinsip Perlembagaan.

Menurut beliau, kandungan pelan ini merangkumi aspek-aspek yang berikut: menyempurnakan fungsi kerajaan; memperluas demokrasi; meningkatkan sisitem tadbir menurut undang-undang; memperbaiki taraf hidup rakyat, melindungi kepentingan dan hak istimewa golongan wanita, kanak-kanak dan etnik minoriti, serta meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat terhadap hak asasi manusia. Menurut Encik Chang, pelan ini akan dibuat bertujuan untuk menyelaraskan tindakan antara jabatan-jabatan kerajaan dalam usaha melindungi hak asasi manusia. Katanya: "Dalam proses penyusunan pelan ini, jabatan-jabatan kerajaan di China hendaklah menilai kerja-kerja masing-masing dengan piawaian hak asasi manusia, dan membetulkan tindakan mereka supaya selaras dengan piawaian tersebut."

Untuk menjayakan pelan tersebut, China telah menubuhkan mekanisme perundingan bersama yang diketuai oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara dan Kementerian Luar China, dan menubuhkan kumpulan pakar.

Liu Jie, Pengarah Pusat Pengajian Hak Asasi Manusia Akademi Sains Sosial Shanghai, salah seorang anggota kumpulan pakar tersebut berpendapat bahawa pelan ini amat membantu bagi China untuk menghadapi cabaran dalam bidang hak asasi manusia antarabangsa. Menurut beliau: "Negara-negara Barat selalu mencela China dengan menggunakan isu hak asasi manusia. Pelan ini bukan sahaja berfaedah bagi China dan Barat untuk mengurangkan berlakunya perselisihan faham dalam bidang hak asasi manusia, bahkan juga akan memaparkan pencapaian China dalam bidang ini kepada pihak luar."

Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, usaha untuk melindungi hak asasi manusia di China telah mencapai hasil yang memuaskan. Pencapaian ini dapat dilihat dari pelbagai aspek, seperti sosioekonomi yang berkembang dengan menyeluruh, taraf hidup rakyat yang terus meningkat, terhasilnya kertas putih "Keadaan Hak Asasi Manusia China", dan termaktubnya prinsip "menghormati dan memelihara hak asasi manusia" dalam Perlembagaan.

Walau bagaimanapun, usaha berkait dengan hak asasi manusia China tetap berhadapan dengan beberapa masalah yang masih wujud. Ketika memperkatakan tentang perkara ini, Encik Chang yang menceburkan diri dalam kerja menyunting sebuah buku tentang keadaan hak asasi manusia di China sejak tahun 2003, menyatakan: "Walaupun usaha tentang hak asasi manusia di China telah mencapai hasil yang tertentu, tetapi masih wujud beberapa masalah. Dengan adanya keprihatinan kerajaan, kami akan terus berusaha dengan gigih untuk mengatasi semua masalah ini dan mendorong usaha melindungi hak asasi manusia, ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |