Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menemui Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang di Jakarta pada petang semalam.
Dalam pertemuan tersebut, Zhou Yongkang menyatakan bahawa pada tahun 2005, pemimpin kedua-dua negara telah mengumumkan pembentukan hubungan rakan strategik secara rasmi antara kedua-dua negara, dan kerjasama dalam pelbagai bidang telah dimulakan secara menyeluruh. Berikutan dengan itu, pemimpin tertinggi kedua-dua pihak pula sering saling melawat, manakala kerjasama dalam urusan antarabangsa dan serantau menjadi lebih selaras, dan kerjasama kewangan meningkat ke taraf yang lebih tinggi.
Susilo menyatakan pula bahawa kejayaan yang dicapai oleh China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun lalu merupakan galakan besar bagi negara-negara membangun termasuk Indonesia. Beliau juga menyatakan bahawa usaha meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang merupakan dasar tetap kerajaan dan persefahaman antara pelbagai kalangan masyarakat Indonesia.
|