Perdana Menteri Thailand Somchai Wongsawat menegaskan hari ini bahawa sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN, Thailand mampu menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan dari 15 hingga 18 Disember nanti.
Pagi tadi, beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sidang Kemuncak ASEAN. Dalam sidang akhbar selepas mewyuarat tersebut, beliau menegaskan bahawa meskipun sedang menghadapi masalah pergolakan politik dalam negeri, tetapi Thailand berkeyakinan untuk menjayakan sidang kemuncak itu. Sementara itu, beliau juga mengumumkan, sidang kemuncak itu akan diadakan di bandar Chiangmai, supaya keselamatan boleh terjamin.
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan memaklumkan kepada wartawan bahawa beliau penuh yakin terhadap kemampuan kerajaan dan rakyat Thailand untuk menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN.
|