Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dalam perutusan negaranya semalam mengumumkan rancangan Rusia untuk menempatkan peluru berpandu "Iskander" di Kaliningrad. Beberapa buah negara terus memberikan respons tentang perkara tersebut.
Menteri Luar Czech, Karel Schwarzenberg menyatakan bahawa Rusia patut berdialog dengan Czech tentang isu ini, dan bukan menakut-nakutkan.
Perdana Menteri Poland, Donald Tusk pula menyatakan bahawa tindakan Rusia tersebut lebih bersifat politik, dan bukan untuk tujuan ketenteraan.
Jurucakap Jabatan Negara A.S., Sean McCormack sekali lagi menegaskan bahawa penempatan sistem pertahanan peluru berpandu A.S. di Eropah Timur tidak menjadikan Rusia sasarannya. Sebaliknya, rancangan Rusia itu amat "mengecewakan" mereka. Walau bagaimanapun, pihaknya akan terus mengekalkan kerjasama dengan Rusia dalam isu-isu yang menjadi kepentingan bersama bagi kedua-dua pihak.
|