v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

A.S. Berusaha Dorong Proses Damai Palestin-Israel

2008-11-06 11:52:04 Agensi Berita Xinhua China

Memandangkan keadaan politik yang masih tidak menentu di Israel, A.S. akan terus berusaha untuk mendorong proses damai Palestin-Israel.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jabatan Negara A.S., Sean McCormack semalam.

Menurut beliau, Israel akan mengadakan pemilihan Parlimen pada bulan Februari tahun depan. Keadaan ini tambah merumitkan proses damai Palestin-Israel. Apa yang menjadi perhatian A.S. pada masa ini ialah caranya untuk mendorong proses ini ke arah mencapai kemajuan yang sebesar mungkin.

Setiausaha Negara A.S., Condoleezza Rice sudah pun memulakan lawatan ke Israel, wilayah autonomi Palestin, Mesir dan Jordan semalam. Mengenai lawatannya ini, McCormack menyatakan bahawa spekulasi beberapa media sebelum ini yang menyebut bahawa lawatan Rice kali ini dibuat dengan tujuan mempromosi beberapa cadangan A.S. di kawasan tersebut, adalah tidak berasas sama sekali. Pencapaian perjanjian damai perlu diusahakan melalui dialog.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |