Presiden Rusia, Dmitry Medvedev telah menyampaikan Perutusan Negara di Istana Kremlin semalam.
Ini merupakan kali pertama Medvedev menyampaikan Perutusan Negara sejak beliau menjawat jawatan Presiden negara itu. Mengenai isu krisis kewangan, Medvedev menyatakan bahawa pembaharuan yang menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap sistem politik dan ekonomi antarabangsa yang sedia wujud. Pihaknya akan menubuhkan pusat kewangan antarabangsa di sisi undang-undang dan dasar yang berkenaan.
Mengenai hubungan luar pula, Medvedev mengecam tindakan A.S. dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang memperlihatkan sikap dwistandard dalam isu Kosovo dan Ossetia Selatan. Beliau menyatakan bahawa pihaknya akan menempatkan peluru berpandu "Iskander" di Kaliningrad untuk menghadapi sistem antipeluru berpandu yang ditempatkan oleh A.S. di kawasan Eropah Timur.
|