China tetap berpendapat bahawa pembentukan sistem pertahanan peluru berpandu sejagat, termasuk menempatkan sistem ini di beberapa wilayah atau melaksanakan kerjasama yang berkaitan dengan sistem ini, sama sekali tidak bermanfaat bagi memelihara keseimbangan dan kestabilan strategi, malah akan menjejaskan hubungan saling percaya antara negara serta kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang hari ini.
Mengenai rancangan Rusia untuk menempatkan peluru berpandu di kawasan Laut Baltic, beliau pula menegaskan bahawa negara-negara yang terlibat perlu mempertimbangkan keprhatinan negara lain dengan bersungguh-sungguh.
|