v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekonomi China akan Terus Meningkat dengan Pesat dan Stabil

2008-11-06 16:22:55 CRI

Kini, krisis kewangan dunia semakin teruk sehingga memberikan kesan negatif kepada ekonomi di beberapa buah negara. Menurut pandangan pakar ekonomi, pengaruh krisis kewangan ini terhadap industri kewangan dan ekonomi makro China adalah terhad dan boleh dikawal. Jadi, ekonomi China secara keseluruhan adalah positif dan akan terus meningkat dengan pesat dan stabil.

Dalam situasi pertumbuhan ekonomi dunia menjadi perlahan dan inflasi dalam negeri yang dikawal dengan berkesan, kerajaan China telah mengubah suai matlamat kawalan makro daripada "mencegah daripada terlalu panas" kepada "menjamin pertumbuhan". Ahli penyelidik Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Dewan Negara, Encik Zhang Liqun berpendapat bahawa keupayaan kerajaan China untuk mengawal ekonomi makro semakin mantap dan prospek ekonomi China amat optimis. Beliau berkata:

"Situasi ekonomi China adalah positif. Dalam tempoh beberapa tahun ini, ekonomi China beransur-ansur memasuki tahap pembangunan yang lebih stabil dan sihat melalui langkah kawalan makro yang berkesan. Di samping itu, kita juga perlu menggunakan peluang yang wujud untuk mengekalkan arah aliran ini. Pengawalan makro ekonomi China, boleh dikatakan telah memberikan kesan yang memuaskan dan beberapa masalah dalam pembangunan ekonomi telah diselesaikan secara bertahap-tahap."

Pertumbuhan ekonomi China mula menjadi perlahan akibat pergolakan situasi kewangan seluruh dunia. Pertumbuhan KDNK dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini mencatat kadar 9.9%, yakni kurang 2.3% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu. Antara sebabnya, kesan negative kepada sektor eksport amat ketara. Pertumbuhan eksport China dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berkurang 4.8% disebabkan kemerosotan ekonomi pengimport terbesar dan kedua terbesar bagi China, iaitu Kesatuan Eropah (EU) dan A.S..

Walau bagaimanapun, kerajaan China telah mengeluarkan dasar menaikkan kadar cukai bayar balik bagi produk industri intensif buruh atau produk yang nilai tambahnya tinggi. Selain itu, beberapa buah koperasi eksport mula mengalihkan perhatian kepada pasaran dalam negeri. Menurut pandangan Prof. Yuan Gangming dari Pusat Penyelidikan Ekonomi China dan Dunia, Universiti Tsinghua, perdagangan eksport China ke luar sekarang masih kukuh. Kata beliau:

"Secara keseluruhan, pertumbuhan eksport China tidak mengalami kesan yang ketara. Sebaliknya, kadar pertumbuhan eksport China dalam tempoh beberapa tahun yang lalu adalah terlalu tinggi. Kadar pada lebih 20% adalah munasabah."

Walaupun permintaan perbelanjaan penduduk China semakin meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini, namun nisbah perbelanjaan penduduk dalam KDNK semakin kurang. Menurut pandangan pakar dalam bidang yang berkenaan, sekiranya pendapat golongan yang berpendapatan rendah dapat dinaikkan, pasaran dalam negeri yang dinamik dijangka akan wujud. Prof. Yuan Gangming berkata:

"Keperluan terhadap pelaburan dalam negeri mudah dikembangkan kerana infrastruktur masih ketinggalan, jadi, pembinaan infrastruktur di bandar dan desa masih perlu kepada pelaburan. Dari segi permintaan perbelanjaan, hasrat perbelanjaan kaum petani masih amat rendah. Jika pendapatan mereka meningkat, permintaan perbelanjaan akan menjadi luas sekali."

Menurutnya, kerajaan perlu menaikkan harga produk pertanian untuk meningkatkan pendapatan penduduk di desa. Selain itu, mekanisme jaminan sosial dalam bidang pendidikan, perubatan dan kehidupan pesara perlu diwujudkan secepat mungkin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |