Media dari beberap buah negara memberikan pujian kepada perjanjian kerjasama empat perkara yang ditandatangan oleh Presiden Persekutuan Hubungan Seberang Selat Taiwan China (ARATS), Chen Yunlin dengan Yayasan Pertukaran Hubungan Seberang Selat Taiwan (SEF), Chiang Pin-kung di Taipei pada 4 November lalu.
Akhbar Lianhe-Zaobao Singapura dalam rencananya menyebut bahawa proses permuafakatan, kedamaian dan kerjasama antara Tanah Besar dengan Taiwan mendapat sokongan daripada majoriti rakyat kedua-dua pihak kerana ia selaras dengan kepentingan mereka. Tidaklah sukar bagi kedua-dua pihak untuk mengatasi halangan pada masa akan datang kerana mereka sudah mengatasi kesukaran yang begitu besar bagi memulakan proses tersebut.
Akhbar "The Washington Post" A.S. dalam komennya menyebut bahawa lawatan Chen Yunlin ke Taiwan mempunyai erti politik yang penting dan amat bersejarah. Akhbar "New York Times" menyebut bahawa perjanjian mengenai empat perkara yang ditandatangani itu akan merapatkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak.
|