Tempoh lawatan tanpa visa bagi warga negara anggota ASEAN selain daripada Myanmar di sebarang negara ASEAN dilanjutkan kepada masa sebulan.
Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Mahmood Adam dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Konsul Kementerian Luar dan Jabatan Imigresen ASEAN Ke-12 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam. Menurut beliau, keputusan itu bertujuan untuk memudahkan perjalanan warga negara anggota ASEAN di rantau ini.
Para peserta dalam mesyuarat kali ini juga mencapai kata sepakat tentang peningkatan fungsi pasport dan usaha membanteras pasport palsu. Satu piawaian yang bersepadu dijangka akan disusun oleh negara-negara anggota ASEAN bagi tujuan menguji pasport.
|