Persekutuan Parti Pemerintah Thailand telah mencapai perdepakatan semalam dan bersetuju meminda pasal ke-291 Perlembagaan Thailand supaya Majlis Penggubalan Perlembagaan baru boleh ditubuhkan.
Pada malamnya, pemimpin utama daripada 6 parti pemerintah telah makan malam bersama-sama di Bangkok sambil berbincang tentang situasi politik negara sekarang. Perdana Menteri Somchai Wongsawat menyatakan kepada wartawan bahawa Persekutuan Parti Pemerintah Thailand telah mencapai persepakatan untuk meminda pasal ke-291 Perlembagaan, dan pasal itu merupakan prasyarat bagi menubuhkan Majlis Penggubalan Perlembagaan baru yang terdiri daripada tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat. Selepas majlis itu ditubuhkan, sebarang parti pemerintah tidak akan menyertai usaha pemindaan pasal lain dalam Perlembagaan.
Somchai Wongsawat juga mengakui bahawa, beliau berasa khuatir akan kemungkinan pindaan Perlembagaan itu akan mengakibatkan konflik antara pelbagai pihak dalam negaranya akan menjadi semakin meningkat.
|