Presiden Rusia, Dmitri Medvedev telah mengutus kawat tahniah kepada Presiden A.S. yang baru terpilih, Barack Obama. Medvedev berharap pihaknya dapat mengadakan dialog membina dengan Obama.
Beliau berkata bahawa hubungan Rusia-A.S. merupakan faktor penting bagi memelihara kestabilan dunia, dan amat penting bagi menyelesaikan masalah antarabangsa. Maka, kerjasama yang luas dalam pelbagai bidang berkait dengan urusan antarabangsa perlu diadakan antara kedua-dua pihak.
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov pula menyatakan kepada wartawan semalam bahawa "Perisytiharan Rangka Strategik Hubungan Rusia-A.S." yang dikeluarkan oleh presiden kedua-dua negara dalam Sidang Kemuncak Sochi pada bulan April lalu telah memaparkan prinsip kerjasama kedua-dua negara yang sama taraf dan saling menguntungkan, serta kerjasama yang konkrit dalam bidang antikeganasa dan kawalan senjata nuklear. Rusia berharap Obama dapat terus mendorong hubungan Rusia-A.S..
|