Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan akan mengadakan program antidadah selama 90 hari di seluruh negara.
Perdana Menteri Somchai Wongsawat menyatakan dalam upacara perasmian program tersebut bahawa aktiviti tersebut dimulakan dari minggu ini dan akan berakhir pada penghujung Januari tahun depan. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Kowit Wattan akan merangkap jawatan Pengarah Pusat Pembanterasan dan Kawalan Dadah Kerajaan.
Somchai berkata, program antidadah tersebut merupakan lanjutan program antidadah kerajaan Thaksin. Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengelakkan kes kekerasan daripada berlaku. Beliau juga mengarahkan badan-badan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan yang supaya berkaitan menyokong program tersebut. Matlamat program itu yang utama adalah membanteras kegiatan penyeludupan dadah di Bangkok serta kawasan sekelilingnya dan juga di provinsi-provinsi di sempadan selatan negara itu.
|