v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam Pererat Kerjasama
2008-11-07 11:09:24 Agensi Berita Xinhua China

Tindakan perlu diambil untuk mempererat kerjasama serantau bagi menangani pelbagai cabaran yang dibawa oleh situasi ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.

Demikian ditekankan oleh pemimpin Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dalam Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Kemboja-Laos-Myanmar-Vietnam ke-4 di Hanoi petang semalam.

Sidang yang berlangsung selama sehari ini disertai oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Laos, Houasone Bouphavanh, Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung serta wakil dari Sekretariat ASEAN.

Pemimpin keempat-empat negara tersebut bersependapat bahawa krisis kewangan global kini telah mengundang cabaran yang besar kepada pembangunan pelbagai negara. Dengan latar belakang ini, usaha perlu dijalankan untuk mempererat kerjasama serantau, dan menjamin keberkesanan pelaksanaan pelbagai program kerjasama, agar memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada usaha mempercepat proses integrasi ekonomi di rantau ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |