v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Eropah Turunkan Lagi Kadar Faedah

2008-11-07 11:10:47 CRI

Bank Pusat Eropah, Bank Pusat Britain dan Bank Pusat Switzerland semalam mengumumkan penurunan kadar faedah sekali lagi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Sementara itu, beberapa buah negara kini terus melaksanakan pelbagai pendekatan baru untuk menangani krisis kewangan.

Menteri Kewangan Brazil, Guido Mantega mengumumkan peruntukan 19 bilion Real, kira-kira 10 bilion dolar Amerika, untuk menyokong program pinjaman wang bagi syarikat-syarikat di negaranya. Negara itu juga merancang mengemukakan cadangan untuk melaksanakan pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa, dan meningkatkan kedudukan entiti ekonomi yang baru serta negara membangun di arena antarabangsa dalam Sidang Menteri Kewangan Kumpulan 20.

A.S. pula telah mengumumkan pengeluaran bon kerajaan yang melibatkan 55 bilion dolar Amerika kelmarin. Sementara itu, kerajaan Jerman juga telah meluluskan satu pakej rangsangan ekonomi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |