Perjanjian Damai Palestin-Israel mustahil untuk dicapai menjelang penghujung tahun ini.
Demikian dinyatakan secara berasingan oleh jurucakap Rumah Putih A.S., Dana Perino dan Setiausaha Negara yang sedang melawat Asia Barat, Condoleezza Rice semalam.
Menurut Perino, ketidaktentuan situasi politik di Israel selama beberapa bulan yang lalu menjadikan kemungkinan tercapainya perjanjian tersebut kian tipis. Namun, kini, daya penggerak yang dapat mendorong rundingan damai antara kedua-dua pihak tetap ada. Rice pula menyatakan bahawa pilihan raya Israel yang dijadualkan diadakan pada tahun depan telah mengekang kemampuan kedua-dua pihak untuk mencapai persepakatan tentang beberapa isu yang utama. Dengan itu, perjanjian tersebut amat sukar untuk dicapai menjelang penghujung tahun ini.
Menteri Luar Israel, Tzipi Livni dalam sidang akhbar dengan Rice menyatakan bahawa rundingan damai antara kedua-dua pihak perlu diteruskan dalam rangka yang ditetapkan.
|