Pihak-pihak yang terlibat akan mempererat kerjasama antarabangsa, dan menggalakkan perdagangan yang bebas untuk menangani krisis kewangan global kini.
Demikian bunyi Kenyataan Bersama yang dikeluarkan dalam Sidang Menteri Kewangan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-15 yang baru ditutup di Trujillo, Peru semalam.
Kenyataan itu menyebut bahawa berdepan dengan ekonomi sejagat yang kian merosot ini, anggota-anggota APEC akan meningkatkan kerjasama untuk menjamin keterbukaan pasaran dan pelaburan, agar dapat menangani pergolakan kewangan global kini. Kenyataan itu menekankan usaha menentang fahaman perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk, dan menggesa agar Rundingan Pusingan Doha Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dapat diselesaikan seawal mungkin.
Naib Menteri Kewangan China, Li Yong menyatakan bahawa memperkukuh kerjasama antarabangsa merupakan pendekatan yang wajar untuk menangani krisis kewangan.
|