v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Mempertahankan Penggunaan Ruang Angkasa secara Damai

2008-11-07 17:50:51 CRI

Majlis untuk meraikan kejayaan program angkasa lepas "Shenzhou VII" telah diadakan di Beijing hari ini. Presiden Hu Jintao dalam majlis ini menyatakan bahawa China akan menjadikan usaha meningkatkan daya inovasi dan membangunkan negara yang berorientasikan kreativiti sebagai strategi induk pengembangan negara, di samping mempertahankan penerokaan dan penggunaan ruang angkasa lepas secara damai.

Dalam majlis ini, angkasawan Zhai Zhigang yang berjaya menyelesaikan misi berjalan di angkasa lepas telah diberi gelaran "Wira Angkasa", manakala dua orang angkasawan yang lain, iaitu Liu Boming dan Jing Haipeng mendapat gelaran "Angkasawan yang Gagah Berani". Mereka juga dianugerahi pingat jasa dan sijil penghargaan oleh Presiden Hu Jintao.

Pada bulan September lalu, misi angkasa lepas yang menggunakan kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" telah dilaksanakan dengan jayanya. Misi berjalan di angkasa lepas yang buat pertama kalinya dilakukan oleh angkasawan China dan penyelidikan berkenaan yang dilakukan merupakan pencapaian yang cukup cemerlang bagi China dalam bidang teknologi ruang angkasa. Angkasawan Zhai Zhigang telah menceritakan pengalamannya tentang melaksanakan misi tersebut. Beliau mengimbas kembali: "Mengibarkan bendera kebangsaan China di angkasa lepas memang membanggakan saya. Kejayaan menjejakkan kaki di ruang angkasa ini telah mencipta sejarah bangsa China."

Sejak program angkasa lepas membawa angkasawan dimulakan 16 tahun yang lalu, China telah mencapai hasil yang besar dalam bidang ini. Dalam proses melaksanakan program "Shenzhou VII", China telah berjaya mengatasi banyak masalah yang dianggap agak susah diatasi di dunia, dan menguasai beberapa teknologi canggih, seperti teknologi pelancaran, teknologi mereka bentuk pakaian angkasawan dan sebagainya.

Dalam sidang tersebut, Hu Jintao menyatakan bahawa kejayaan program "Shenzhou VII" itu merupakan satu lagi mercu tanda penting dalam sejarah pembangunan program penerbangan membawa angkasawan China. Beliau berkata: "Pencapaian yang sungguh hebat ini memberitahu seluruh dunia bahawa China menyertai Rusia dan A.S. dalam kelompok tiga negara elit yang menguasai teknologi berjalan di angkasa lepas. Ini bukan sahaja merupakan satu hasil yang penting dalam usaha membangunkan negara yang berorientasikan kreativiti dan menguasai teknologi canggih, bahkan juga merupakan satu lagi sumbangan bagi semua umat manusia untuk meneroka dan menggunakan sumber ruang angkasa."

Menurut beliau, walaupun kesemua pencapaian tersebut cukup memberangsangkan, tetapi teknologi China masih berada pada tahap yang agak rendah berbanding dengan negara-negara Barat. Oleh itu, daya inovasi perlu segera ditingkatkan. Hu menyatakan bahawa beliau menyokong badan-badan yang berkelayakan dalam negeri untuk menyertai program-program pembangunan negara, dan menggalakkan perusahaan membangunkan teknologi dan mengeluarkan produk yang mempunyai hak cipta sendiri.

Hu menegaskan bahawa China akan mempertahankan penggunaan ruang angkasa secara damai dan akan menyertai kerjasama antarabangsa dalam usaha meneroka ruang angkasa secara aktif.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |