v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hasil Lawatan Chen Yunlin ke Taiwan Memuaskan

2008-11-07 20:28:38 CRI

Delegasi Persatuan Hubungan Seberang Selat Taiwan China (ARATS) yang diketuai oleh presidennya, Chen Yunlin telah mengakhiri lawatan mereka di Taiwan dan kembali ke Beijing hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Wang Yi menyatakan bahawa lawatan Chen Yunlin ke Taiwan kali ini membuka lembaran baru bagi hubungan Tanah Besar dengan Taiwan.

Sebelum berlepas ke lapangan terbang dari hotel penginapannya, Chen Yunlin menyatakan bahawa beliau penuh harapan terhadap perkembangan hubungan Tanah Besar dengan Taiwan pada masa depan. Kata beliau:

"Kami yakin ARATS dan SEF akan mengikut tanggungjawab yang sewajarnya dan terus menjalankan usaha yang memanfaatkan rakyat kedua-dua pihak walaupun akan menemui banyak kesukaran."

Sebaik sampai ke Beijing, Chen Yunlin telah menyampaikan ucapan di lapangan terbang Beijing:

"Banyak hasil telah dicapai melalui perbincangan anara ARATS dan SEF. Penduduk Taiwan akan merasai faedah daripada pelaksanaan perjanjian yang dicapai. Dengan iatu juga, kegiatan kita akan mendapat sokongan semakin ramai daripada penduduk Taiwan. Kami juga percaya perkembangan hubungan kedua-dua pihak secara damai akan terus meningkat dan tidak akan terjejas oleh apa jua sebab."

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Wang Yi juga telah menyampaikan ucapan ketika menyambut ketibaan Chen Yunlin di lapangan terbang. Beliau menyatakan:

"Ini adalah kali pertama lawatan presiden ARATS ke Taiwan dan juga kali pertama kedua-dua pihak mengadakan perbincangan rasmi di Taipei. Di samping itu, Chen Yunlin dan delegasinya juga mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan di Taiwan. Aktiviti-aktivit tersebut menjadikan mekanisme perbincangan antara Tanah Besar dengan Taiwan terbentuk dan ini telah mendorong perkembangan hubungan kedua-dua pihak untuk mencapai kemajuan."

Wang Yi menyatakan bahawa lawatan Chen Yunlin ialah "lawatan kerjasama". ARATS yang berhasrat merealisasikan muafakat bestari telah menandatangani perjanjian tentang empat perkara dengan SEF. Di samping itu, beberapa aktiviti yang lain juga telah diadakan. Hasil yang dicapai oleh kedua-dua pihak akan membawa faedah yang sebesar-besarnya kepada penduduk Tanah Besar dan Taiwan dan menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak secara damai. Ia juga menyediakan platform yang baru untuk meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Wang Yi juga menyifatkan lawatan Chen Yunlin sebagai "lawatan damai". Beliau menyatakan bahawa lawatan Chen Yunlin bertujuan mencari perdamaian dan beliau membawa salam dan rasa mesra penduduk Tanah Besar kepada penduduk Taiwan. Beliau juga telah menyatakan kesediaan pelbagai kalangan di Tanah Besar untuk meningkatkan persahabatan dengan Taiwan, sambil menunjukkan keikhlasan pihak Tanah Besar untuk mengembangkan hubungan dengan Taiwan untuk tujuan damai.

Wang Yi menyatakan bahawa lawatan kali ini merupakan titik permulaan bagi perkembangan hubungan Tanah Besar dengan Taiwan dengan masa depannya yang lebih cerah. Kata beliau:

"Kami sedar, tugas mulia yang kami pikul ini bukannya senang. Namun, penduduk Taiwan ialah saudara setanah air kita. Fakta ini tidak boleh dinafikan dan hubungan kita tidak akan terputus. Hasrat penduduk kedua-dua pihak untuk meningkatkan kegiatan lawatan antara satu sama lain tidak dapat dihalangi oleh sesiapa pun. Dengan itu, trend perkembangan hubungan Tanah Besar dengan Taiwan ke arah kedamaian tidak akan berubah."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |