Jabatan Pertahanan A.S. mengesahkan semalam bahawa A.S. telah bersetuju menerima beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pihak Iraq berkait dengan pindaan tentang Perjanjian Kedudukan Tentera A.S. di Iraq.
Jurucakap jabatan itu, Bryan Whitman menyatakan bahawa pihak A.S. sedang mengambil tindakan terhadap pindaan yang dikemukakan oleh Iraq dan telah mengubahsuai draf perjanjian tersebut.
Jurucakap Jabatan Negara A.S., Robert Wood juga mengesahkan bahawa Presiden George W. Bush telah menyerahkan draf perjanjian yang telah diubahsuai itu kepada Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki. Namun, tidak seorang pun mendedahkan kandangan bahagian yang telah diubahsuai itu. Mereka menegaskan bahawa ini adalah pengubahsuaian yang muktamad di pihak A.S..
|