v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Myanmar Teruskan Penggalian di Perairan yang Dipertikaikan dengan Bangladesh
2008-11-07 17:26:36 Agensi Berita Xinhua China

Radio Kebangsaan Myanmar melaporkan semalam bahawa kerajaannya telah menolak permintaan Bangladesh untuk menghentikan aktiviti penggalian gas dan minyak di perairan yang dipertikaikan dengan pihak Bangladesh itu. Kerajaan Bangladesh berharap perselisihan itu boleh diselesaikan secara damai.

Laporan itu menyatakan bahawa perairan tersebut milik kawasan khas ekonomi Myanmar. Negara itu akan terus melaksanakan aktiviti penggalian di sana hingga kerja tersebut selesai semuanya.

Penasihat Diplomatik kerajaan sementara Bangladesh, Iftekhar Ahmed Chowdhury mengeluarkan kenyataan semalam bahawa menurut maklumat pihak kerajaan Republik Korea, Syarikat Daewoo yang membuat penggalian di perairan itu sedang merobohkan kemudahannya. Sementara itu, baru-baru ini kerajaan Bangladesh telah menghantar sebuah delegasi peringkat tinggi ke Myanmar untuk menyelesaikan perselisihan tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |