v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak ACMECS Seru Pererat Kerjasama Serantau
2008-11-08 14:28:37 CRI

Pelbagai negara di Subkawasan Aliran Sungai Mekong perlu mempererat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan serta pelancongan untuk menghapuskan impak negatif akibat kemerosotan ekonomi sejagat sekarang.

Demikian seruan yang dibuat bersama oleh pemimpin Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos dalam Sidang Kemuncak Strategi Kerjasama Ekonomi Ayeyawaddy-Chao Phraya-Mekong (ACMECS) ke-3 di Hanoi semalam.

Sidang itu mengeluarkan satu pengumuman akhbar yang berbunyi bahawa pemimpin kelima-lima negara tersebut telah membincangkan dan meluluskan beberapa tindakan yang konkrit untuk merancakkan kerjasama di rantau ini dalam bidang perindustrian dan pertanian, tenaga, pengangkutan, pelancongan serta perubatan. Sidang itu juga menekankan usaha menggalakkan syarikat-syarikat menyertai projek kerjasama serantau, agar terus mendorong kerjasama ekonomi di rantau ini ke arah mencapai hasil yang hakiki.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |