Kesatuan Eropah (EU) akan mengemukakan cadangan tentang pembaharuan terhadap sistem kewangan global dan langkah-langkah untuk mengatasi krisis kewangan dalam Sidang Kemuncak Kewangan Washington. Demikian dinyatakan oleh Presiden Perancis, negara pengerusi bergilir EU, Nicolas Sarkozy setelah sidang kemuncak tidak rasmi Kesatuan Eropah berakhir di Brussels semalam.
Menurut perisytiharan yang diluluskan dalam sidang tersebut, Kesatuan Eropah akan mengemukakan cadangan dalam tiga aspek: pelbagai pihak perlu mencapai kata sepakat untuk mewujudkan order kewangan antarabangsa yang baru, masyarakat antarabangsa perlu menubuhkan mekanisme untuk mengambil langkah hakikat dengan segera, dan sidang kemuncak kewangan sejagat perlu meluluskan rancangan yang menyeluruh untuk mengatasi krisis kewangan.
Kesatuan Eropah berpendapat bahawa semua badan kewangan di seluruh dunia perlu dikawal dalam satu sistem penyeliaan, sistem kewangan antarabangsa yang baru perlu dibentuk berdasarkan prinsip bertangungjawab dan telus, dan sistem itu perlu menubuhkan mekanisme amalan awal terhadap krisis kewangan. Selain itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) perlu memainkan peranan yang utama dalam sistem kewangan yang lebih sempurna.
|