Kadar sokongan rakyat Thailand kepada pertubuhan antikerajaan, Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) menurun secara ketara baru-baru ini.
Menurut keputusan pungutan suara yang dibuat oleh Universiti Assumption terhadap 2487 orang penduduk di Bangkok dan kawasan sekitarnya pada 1 hingga 6 November lalu, kadar sokongan terhadap PAD telah menurun daripada 47.7% pada 7 Oktober lalu kepada 26.3% pada masa sekarang. Tetapi lebih ramai rakyat Thailand menjadi golongan tengah.
|