Naib jurucakap Jabatan Negara A.S., Robert Wood berkata semalam, Penolong Setiauasaha Negara merangkap Ketua Delegasi A.S. untuk Rundingan 6 Pihak, Christopher Hill telah mengadakan rundingan dengan Ketua Pengarah Jabatan Amerika Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Li Gun di New York pada 6 November lalu.
Wood menyatakan dalam sidang akhbar bahawa Hill dan Li Gun telah bertukar-tukar pendapat tentang masalah bantu sumber tenaga terhadap DPRK, dan perjanjian melupuskan fungsi serta pemantauan terhadap kemudahan nuklear di DPRK. Sebelum ini, Pengarah Biro Republik Korea Jabatan Negara A.S., Kim Sung juga berunding dengan Li Gun. Wood menyatakan, dialog tersebut adalah yang "positif dan teliti", dan mendorong Rundingan 6 Pihak merupakan tumpuan bersama.
|