Parlimen bandar Sapporo telah meluluskan sebuah keputusan semalam yang menuntut kerajaan Jepun meminta maaf dan memberikan ganti rugi tentang masalah pengambilan "hamba seks" secara paksa dalam tempoh Perang Dunia II.
Menurut media Jepun, keputusan tersebut menuntut kerajaan Jepun supaya meminta maaf tentang masalah "hamba seks" dengan bentuk resolusi kabinet, menggubal undang-undang untuk menyelesaikan masalah itu, memberikan ganti rugi kepada mangsa, dan menambah isi kandangan yang berkait dengan "hamba seks" dalam buku teks sejarah sekolah menengah dan rendah.
|