Bakal Presiden A.S. yang baru terpilih, Barack Obama menyatakan semalam, beliau akan mengambil sikap yang sewajarnya terhadap surat tahniah yang diutus oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad tentang pemilihannya sebagai presiden. Namun, beliau menegaskan "tidak menerima" Iran mengembangkan senjata nuklear.
Obama berkata, beliau dan kumpulan penasihatnya akan meneliti surat tersebut dan membuat respons yang wajar. Namun beliau tidak "menerima" Iran mengembangkan senjata nuklear, dan menuntut Iran menghentikan sokongan terhadap kumpulan keganasan.
|