v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rundingan Empat Pihak Isu Asia Barat Dirasmikan

2008-11-09 18:14:36 Agensi Berita Xinhua China

Rundingan empat pihak (PBB, EU, A.S. dan Rusia) berhubung isu Asia Barat telah dirasmikan di Sharm El-Sheikh, Mesir hari ini, dengan menumpukan kepada kemajuan Rundingan Damai Palestin-Israel, dan arah perkembangan rundingan ini ketika berdepan dengan perubahan situasi politik di A.S. dan Israel kini.

Dalam sidang itu, wakil dari Palestin dan Israel akan memperkenalkan keadaan kemajuan yang dicapai oleh Rundingan Damai Palestin-Israel sejak Persidangan Annapolis Isu Asia Barat pada tahun yang lalu, dan akan berjanji untuk meneruskan rundingan ini. Selepas sidang tersebut berakhir, keempat-empat pihak tersebut akan mengeluarkan Kenyataan Bersama untuk menyatakan sokongan mereka terhadap tercapainya proses damai Palestin-Israel.

Sidang tersebut turut disertai oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, Setiausaha Negara A.S., Condolezza Rice, utusan khas emapt pihak berhubung Asia Barat, Tony Blair, dan wakil kanan EU bagi dasar luar dan keselamatan, Javier Solana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |