Presiden China, Hu Jintao telah menghubungi bakal Presiden A.S., Barack Obama menerusi telefon malam tadi. Hu Jintao telah mengucapkan tahniah atas kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden A.S. serta memuji beliau yang mementingkan hubungan dan berusaha meningkatkan kerjasama dengan China untuk menghadapi cabaran global.
Barack Obama menyatakan bahawa hubungan A.S.-China mempunyai masa depan yang cerah. Beliau berharap A.S. dan China meningkatkan kerjasama untuk memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Presiden Hu Jintao menyatakan bahawa China memberikan perhatian yang tinggi terhadap Sidang Kemuncak Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia yang akan diadakan di Washington nanti. China bersedia bersama dengan pelbagai negara lain untuk mengambil langkah yang berkenaan bagi memulihkan keyakinan pasaran dan mengawal perebakan krisis kewangan global serta mengurangkan kesan negatifnya terhadap pelbagai entiti ekonomi.
|