Sebuah kapal selam nuklear Armada Pasifik Rusia telah mengalami kemalangan semasa melakukan ujian pelayaran semalam dan menyebabkan lebih 20 orang mati.
Menurut Penolong Panglima Tentera Laut Rusia, Igor Dygalo, kemalangan itu diakibatkan oleh kerosakan sistem pemadaman kebakaran di kapal itu. Mangsa yang terkorban itu termasuk juruteknik kilang pembuatan kapal dan anak kapal.
Beliau berkata, Panglima Vladimir Vysotski telah mengarahkan kapal itu menghentikan ujian tersebut dan balik ke pangkalan sementara di sempadan laut timur jauh Rusia. Seramai 21 orang yang cedera juga sedang dalam perjalanan balik dengan menaiki kapal anti selam yang menemani ujian itu.
Dimaklumkan, dalam kapal selam itu terdapat sebanyak 208 orang, antaranya 81 orang tentera. Pakar berpendapat, kerosakan itu mungkin diakibatkan dengan operasi yang salah oleh juruteknik.
|