v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menteri Kewangan Kumpulan 20 akan Membincangkan Tindakan Turunkan Kadar Faedah

2008-11-09 16:08:59 CRI

Perwakilan yang menyertai Sidang Tahunan Menteri Kewangan dan Presiden Bank Pusat Kumpulan 20 mendedahkan di Brazil semalam bahawa menurunkan kadar faedah untuk mengurangkan kerugian akibat krisis kewangan merupakan topik yang penting dalam sidang tahunan kali ini.

Menteri Kewangan Kanada, James Michael Flaherty memaklumkan pihak media sebelum perasmian sidang tahunan itu bahawa pelbagai pihak yang berkaitan sedang berbincang tentang masalah kadar faedah. Namun, dasar galakan kewangan dan cukai yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sukar mendapat sokongan penuh dalam sidang ini, kerana, beberapa negara tidak mampu menanggung peningkatan perbelanjaan yang disebabkan oleh dasar itu.

Beliau menyatakan, menurunkan kadar faedah merupakan pendekatan penting bagi menghadapi krisis kewangan. Beliau berharap perbincangan dapat diadakan bagi menetapkan tindakan bersama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |