v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dalai Lama Tidak Lepaskan Hasrat untuk Memecahbelahkan China

2008-11-10 17:57:44 CRI

Timbalan Menteri di Jabatan Kerja Barisan Bersatu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Zhu Weiqun hari ini di Beijing memaklumkan hasil rundingan kerajaan pusat dengan wakil peribadi Dalai Lama. Beliau menyatakan bahawa penyatuan semula tanah air, keutuhan wilayah dan kehormatan bangsa China merupakan kepentingan tertinggi rakyat China. Oleh itu, kerajaan pusat tidak akan membuat sebarang tolak ansur dalam perkara tersebut. Kerajaan pusat sentiasa menyambut baik Dalai Lama untuk memilih pendirian patriotik, tetapi tidak akan mengiktiraf "kemerdekaan Tibet", sama ada "kemerdekaan separuh" atau "kemerdekaan dalam bentuk yang lain".

Dalam sidang akhbar anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara di Beijing, Zhu Weiqun menyatakan, wakil peribadi Dalai Lama, Lodi Gyari dan Kelsang Gyaltsen kembali ke China pada 31 Oktober dan mengadakan rundingan dengan kerajaan. Ini merupakan rundingan ke-9 sejak tahun 2002, dan yang ke-3 tahun ini.

Beliau menyatakan bahawa Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang juga Menteri di Jabatan Kerja Barisan Bersatu, Jawatankuasa Pusat PKC, Du Qinglin yang berunding dengan Lodi Gyari dan memberi pandangan dalam tiga aspek.

"Pertama, sebarang kumpulan dan perseorangan mestilah mematuhi Perlembagaan. Mendukung pimpinan PKC, masyarakat sosialis yang bercirikan China dan sistem pentadbiran autonomi etnik minoriti adalah yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang kegiatan yang melanggar Perlembagaan tidak dibenarkan. Kedua, semua wilayah autonomi etnik minoriti merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Republik Rakyat China. Ketiga, dasar kerajaan pusat terhadap Dalai Lama adalah jelas dan tidak berubah. Kerajaan pusat bersungguh-sungguh terhadap penyelesaian rundingan dengan Dalai Lama. Oleh itu, Dalai perlu memikir dan memperbetulkan pendirian dan tindakan politik sendiri agar menyediakan peluang untuk membaiki hubungan dengan kerajaan pusat."

Zhu Weiqun menyatakan bahawa kedua-dua pihak mempunyai perbezaan pendapat yang besar. Wakil peribadi Dalai Lama menyerahkan sebuah dokumen yang disebut "Memorandum kepada Seluruh Penduduk Tibet untuk Nikmati Autonomi yang Sebenar" kepada kerajaan pusat. Memorandum tersebut penuh dengan pendirian yang mahukan "Kemerdekaan Tibet".

"Memorandum tersebut menggariskan fasal-fasal berkaitan 'pentadbiran sebenar autonomi'. Ia meletakkan pimpinan pusat dan pentadbiran autonomi sebagai dua perkara yang bertentangan. Niatnya untuk menyangkal, menyekat serta melemahkan kuasa kerajaan pusat, kewibawaan Kongres Rakyat Kebangsaan China sebagai badan perundangan tertinggi, bahkan berniat meminda Perlembagaan.

Zhu Weiqun menyatakan bahawa sikap kerajaan pusat terhadap Dalai tidak pernah berubah. Tindakan yang perlu dibuat oleh Dalai ialah menghentikan kegiatan untuk memecahbelahkan China dan mengiktiraf secara terbuka bahawa Tibet dan Taiwan merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada China serta kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan yang sah di China. Dengan itu, baru kerajaan pusat dapat meneruskan rundingan tentang masa depannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |