Pemilihan peringkat provinsi di Iraq akan diadakan pada 31 Januari tahun hadapan. Demikian dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Tinggi Iraq semalam.
Ketua ekskutif jawatankuasa itu, Qazim al-Abudi menyatakan kempen pemilihan yang berlangsung selama dua bulan akan diadakan pada awal Disember ini. Sekiranya keadaan keselamatan stabil, pemilihan pelbagai provinsi akan diadakan pada hari yang sama.
Kempen pemilihan kali ini merupakan peristiwa penting dalam politik Iraq. Selepas pemilihan tahun 2005 tergendala ekoran bantahan puak Sunnah dan sebahagian daripada puak Syiah. Lebih banyak puak dijangka menyertai pengagihan kuasa di pelbagai tempat supaya meredakan perselisihan antara puak-puak dengan parti dan bermanfaat untuk merealisasikan keamanan. Bagaimanapun, Iraq merasa bimbang lebih banyak peristiwa kekerasan boleh tercetus akibat pemilihan tersebut.
|