Sidang Tahunan 2008 Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) berakhir di Sao Paulo, Brazil semalam. Para peserta telah mencapai kata sepakat untuk bersama-sama menghadapi krisis kewangan, adalah perlunya melaksanakan dasar pembaharuan terhadap institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Namun, sidang kali ini tidak menetapkan langkah yang konkrit untuk menyelesaikan krisis kewangan, sebaliknya menyerahkan isu tersebut kepada Sidang Kemuncak G20 yang akan diadakan di Washington pada 15 November ini.
Dalam sidang yang berlangsung selama 2 hari itu, negara-negara anggota G20 bersetuju perlunya mengambil tindakan, seperti meningkatkan pelaburan dan mengurangkan cukai untuk mengelakkan daripada kemerosotan ekonomi yang lebih teruk. Mereka juga bersetuju terus menyelaraskan peraturan kewangan, khususnya aktiviti beberapa agensi kewangan yang bukan bank, terutamanya "dana lindung nilai".
Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas sidang tersebut, Menteri Kewangan Brazil, Guido Mantega menyatakan, untuk menyelesaikan krisis kewangan, satu jadual tindakan yang konkrit akan ditetapkan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas sidang kemuncak Washington berakhir. Beliau menegaskan, pemimpin negara anggota perlu memainkan peranan politik yang lebih besar dalam pembaharuan sistem kewangan antarabangsa.
Sebelum ini, Perancis yang menjadi "Pengerusi" bergilir Kesatuan Eropah (EU) menjangka, EU perlukan masa 100 hari untuk melaksanakan tindakan itu bagi mengelakkan berlakunya krisis kredit pusingan baru. Tentang hal ini, Guido Mantega berpendapat cadangan tersebut akan lebih sukar bagi A.S. kerana negara itu sedang mengalami perubahan kepimpinan.
Dalam sidang tahunan ini, Brazil mencadangkan pembaharuan institusi-institusi kewangan global untuk membolehkan negara-negara kuasa ekonomi dalam kalangan negara membangun mempunyai hak penyertaan yang lebih besar. Guido Mantega berpendapat, peranan G20 perlu dipertingkatkan supaya kumpulan itu boleh menyelaraskan tindakan global dengan lebih baik mewakili entiti ekonomi dunia. Menurut dokumen muktamad yang dikeluarkan selepas sidang tersebut, jika IMF membenarkan lebih banyak negara mempunyai hak perwakilan melalui pembaharuan, ia akan diiktiraf sebagai agensi penyelaras dalam tindakan bersama.
Peserta persidangan menghargai tindakan China dalam usaha meredakan krisis kewangan antarabangsa. Presiden Bank Dunia, Robert Zoelik dalam sidang akhbar itu berkata, kerajaan China berjaya menggunakan peluang terbaik ketika situasi kewangan antarabangsa agak baik dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, memperbaiki infrastruktur melalui usaha menarik pelaburan asing. Ini merupakan "dasar yang bijak".
Beliau menegaskan, rizab pertukaran asing milik China membolehkan China lebih berupaya mencegah krisis kewangan berbanding dengan negara-negara lain. China mempunyai syarat pelaksanaan peluasan ekonomi dalam krisis kewangan kali ini. Ini akan menjamin kestabilan pertumbuhan ekonomi China.
Media massa berpendapat, krisis kewangan masih jayh daripada berakhir dan penyelesaiannya perlu kerjasama rapat masyarakat antarabangsa. G20 mencapai kata sepakat tentang kaedah menangani krisis tersebut akan bermanfaat bagi menstabilkan semula pasaran kewangan global. Semasa merasmikan sidang itu, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva berkata, sebarang tindakan sepihak tidak akan menyelesaikan krisis kewangan antarabangsa kini. Krisis tersebut perlu tindakan selaras semua negara. Antaranya, negara-negara maju perlu memainkan peranan sebagai pemimpin
|