v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pakej Merangsang Ekonomi yang Berjumlah 4000 Bilion Yuan RMB Akan Pulihkan Keyakinan di Pasaran

2008-11-11 17:24:33 CRI

Pakej merangsang ekonomi yang berjumlah 4000 bilion yuan RMB yang diumumkan oleh kerajaan China kelmarin menimbulkan reaksi hangat dari seluruh dunia. Penganalisis menyambut baik rancangan tersebut dan menganggap tindakan itu akan membantu memulihkan keyakinan di pasaran, dan berfaedah bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi China yang mapan. Mereka menyatakan dalam situasi kewangan antarabangsa yang dilanda krisis, tindakan China untuk meningkatkan pelaburan dalam bidang pembangunan infrastruktur dapat meningkatkan permintaan dalam negeri. Ia juga dapat mengatasi kesan akibat kekurangan permintaan luar ekoran krisis kewangan tersebut.

Pengarah Institusi Pembangunan Industri, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Encik Hu Chunli berpendapat, pakej tersebut dikeluarkan sebagai tindakan balas yang segera untuk mengatasi kesan negatif akibat krisis kewangan antarabangsa kini.

"Krisis ekonomi yang melanda A.S. dan Eropah Barat telah mengakibatkan kesan negatif yang teruk terhadap ekonomi negara. Dalam keadaan ini, untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, kita perlu mengambil tindakan segera melalui meningkatkan permintaan dalam negeri supaya ekonomi negara dapat terus berkembang"

Berdasarkan pakej tersebut, menjelang akhir tahun 2010, pelaburan yang berjumlah 4000 bilion yuan RMB itu akan digunakan dalam bidang pembinaan infrastruktur, pengangkutan awam, pembinaan persekitaran ekologi, pembangunan semula pasca bencana, projek berkaitan kehidupan rakyat dan langkah untuk meningkatkan pendapatan rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Naib Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Dewan Negara, Encik Liu Shijin berpendapa, tindakan tersebut memperlihatkan pendirian kerajaan China yang mengutamakan kepentingan rakyat dan membina masyarakat yang harmoni di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Salah satu fokus utama dalam pakej yang dikeluarkan kali ini adalah untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Rakyat akan mendapat faedah daripada tindakan tersebut. Kita akan meningkatkan pelaburan dalam bidang pembinaan rumah, perubatan dan kesihatan serta pendidikan. Sekarang, keperluan perumahan, pendidikan, perubatan, kesihatan dan saraan merupakan perkara yang paling penting bagi kehidupan rakyat."

Pendapatan negara China melebihi 5000 bilion yuan RMB pada tahun yang lalu. Keadaan pendapatan dan perbelanjaan yang seimbang akan menyediakan sokongan dana terhadap pakej merangsang ekonomi. Tentang sumber dana, satu diperoleh penambahan bon pembinaan yang lama, manakala satu lagi daripada peningkatan nisbah pelaburan aset tetap daripada belanjawan kerajaan.

Penganalisis menegaskan, pakej merangsang ekonomi yang dikeluarkan sebelum Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) diadakan, China ingin menyampaikan mesej kepada dunia luar bahawa mengendalikan urusan sendiri dengan baik merupakan sumbangan yang terbesar kepada ekonomi global". Ini menunjukkan perwatakan China yang bertanggungjawab dan sebagai jawapan balas kepada masyarakat antarabangsa yang menuntut China berusaha menyelamatkan krisis kewangan.

Ketua ahli ekonomi dari Jabatan Statistik Negara, Yao Jingyuan menyatakan, China berkeyakinan dengan penuhnya untuk menangani krisis kewangan.

"Keyakinan adalah daripada dua aspek, pertama, punca asas yang ekonomi China menghadapi kesukaran dan cabaran yang besar kini adalah krisis subprima A.S.. Kalau krisis ekonomi A.S. dapat diatasi, pembangunan ekonomi China akan mempunyai persekitaran luar yang baik. Keyakinan kami yang kebanyakannya adalah daripada kami sendiri. Kemampuan mengatur urusan sendiri dengan baik adalah punca keyakinan kami."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |