Pada 11 November lalu merupakan Hari Ulang Tahun Ke-4 Mantan Presiden Palestin, Yasser Arafat meninggal dunia. Beribu-ibu rakyat Palestin mengadakan perhimpunan di Bandar Ramalah, di tebing barat Sungai Jordan sebagai memperingati perjuangannya. Wartawan kanan Palestin yang juga anak Mantan Penasihat Media Yasser Arafat, Sari Al-Khalili semasa diwawancara pemberita CRI telah menceritakan masalah-masalah yang menyelubungi proses damai Palestin-Israel kini.
Pada 11 November tahun lalu, bangunan kompleks Dewan Peringatan Yasser Arafat yang terletak berhampiran Pejabat Presiden Palestin di Bandar Ramalah telah siap dibina. Pelbagai pihak berkaitan memutuskan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa Proses Damai Asia Barat di Annapolis, A.S.. Dengan itu, orang ramai penuh harapan terhadap kewujudan keamanan. Namun, satu tahun berlalu, perjanjian damai masih belum dicapai. Ini mengakibatkan ramai orang berasa kecewa. Sari Al-Khalili berkata:
"Saya tidak berharap lagi. Rundingan damai tidak mencapai sebarang kemajuan. Pengepungan Israel terhadap Genting Gaza dan tebing barat Sungai Jordan masih diperhebat. Bukan sahaja Genting Gaza menghadapi sekatan, tetapi juga tebing barat. Selain itu, lebih 500 buah pos pemeriksaan tentera Israel diwujudkan di kedua-dua kawasan tersebut."
Sari Al-Khalili berpendapat bahawa Israel yang perlu bertanggungjawab terhadap situasi kini. Beliau bagi contoh:
"Jika Israel berharap rundingan damai dapat digerakkan, negara itu perlu melonggarkan sekatan terhadap kami di tebing barat Sungai Jordan. Ini merupakan agenda pertama yang disetujui dalam Sidang Kemuncak Annapolis pada tahun lalu."
A.S. memainkan peranan penting dalam proses damai Asia Barat. Ramai rakyat Palestin memberikan pengharapan yang besar kepada Presiden A.S. yang baru, Barack Obama. Namun, Sari Al-Khalili tidak bersetuju.
"Baik Barack Obama atau George W. Bush, baik Parti Demokratik atau Parti Republikan, kerajaan A.S. tidak akan berubah. Yang mungkin berubah berlaku ialah dasar dalaman A.S.."
Beliau juga berpendapat bahawa usaha mengatasi perbalahan di kalangan puak-puak Palestin merupakan prasyarat untuk mendorong proses damai Asia Barat.
"Saya berpendapat bahawa perbalahan puak merupakan masalah yang terbesar bagi Palestin. Ini merupakan situasi yang lebih sukar dan menyedihkan berbanding dengan konflik Israel-Palestin yang berlaku sejak tahun 1948. Ini kerana ia merupakan masalah dalaman Palestin sendiri dan akan terus menangguhkan wujudnya keamanan di Palestin. Saya berpendapat Fatah dan Hamas perlu mengadakan rundingan untuk kepentingan negara, bukan dari segiu kekuasaan."
Malangnya, menjelang Majlis Permuafakatan Kebangsaan Palestin yang dijadualkan untuk diadakan di Mesir kelmarin, Hamas membuat keputusan mengejut tidak akan menghadiri majlis tersebut. Dalam perhimpunan peringatan semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah menyampaikan ucapan. Beliau mengecam hebat gerakan Hamas yang "melakukan tindakan memecahbelah seolah-olah tidak cintai tanah air". Beberapa rakyat Palestin berpendapat bahawa rundingan kedua-dua pihak tersebut lebih sukar diadakan semula kebelakangan ini. Namun, Sari Al-Khalili masih meletakkan harapan terhadap prospek keamanan. Beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin selalu bersiap sedia mewujudkan keamanan.
|