v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hasil Rundingan antara Tanah Besar dengan Taiwan Mendinamikkan Perkembangan Hubungan Kedua-dua Pihak

2008-11-12 17:47:28 CRI

Delegasi yang diketuai oleh Presiden Persekutuan Hubungan Seberang Selat Taiwan China (ARATS), Chen Yunlin yang mengadakan lawatan ke Taiwan dari 3 hingga 7 November ini telah mengadakan rundingan dan menandatangani perjanjian dengan Yayasan Pertukaran Hubungan Sebarang Selat Taiwan (SEF) mengenai hubungan langsung dalam "perdagangan, perkapalan dan penghantaran mel". Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan, Dewan Negara, Puan Fan Liqing menyatakan di Beijing, rundingan tersebut mencapai hasil positif yang memuaskan dan mendinamikkan perkembangan hubungan yang damai kedua-dua pihak.

Dengan usaha bersama penduduk setanah air di kedua-dua belah selat Taiwan, situasi di selat Taiwan banyak berubah pada tahun ini. Pada bulan Jun tahun ini, rundingan antara ARATS dengan SEF telah dipulihkan selepas terputus selama 9 tahun. Lawatan Chen Yunlin ke Taiwan kali ini merupakan rundingan pertama pemimpin tertinggi kedua-dua pertubuhan itu di Taipei. Hasil positif yang dicapai dalam rundingan kali ini mendapat perhatian penuh pelbagai lapisan di masyarakat kedua-dua tempat.

Fan Liqing hari ini sekali lagi memberi penilaian positif terhadap hasil lawatan Chen Yunlin. Katanya,

"Penduduk setanah air di kedua-dua tempat dan media antarabangsa memberi perhatian berat terhadap lawatan ini. Susulan perjanjian dalam empat perkara dilaksanakan, lawatan antara rakyat kedua-dua tempat dijangka akan banyak meningkat, kerjasama ekonomi akan dipererat, hubungan rakyat akan lebih akrab."

Lawatan Chen Yunlin selama 5 hari itu mencapai hasil positif. ARATS menandatangani perjanjian dalam empat perkara dengan SEF, iaitu pengangkutan penerbangan dan perkapalan, penghantaran mel secara langsung serta keselamatan makanan. Mereka juga membincangkan kaedah untuk menangani krisis kewangan antarabangsa, serta cara meningkatkan kerjasama kewangan dan ekonomi kedua-dua pihak; membincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk memudahkan pelancong Tanah Besar yang mahu melancong ke Taiwan dan mengemukakan cadangan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong Tanah Besar ke Taiwan.

Fan Liqing berkata, selain hasil positif lawatan kali ini, pihak Tanah Besar juga memberi perhatian terhadap berlakunya rusuhan akibat hasutan oleh Parti Progresif Demokratik (DPP). Beliau yakin, rusuhan ini tidak mewakili hasrat kebanyakan rakyat Taiwan.

"Lawatan kali ini bertujuan untuk meningkatkan rundingan dengan SEF, dan meningkatkan kerjasama ekonomi agar memberi faedah kepada rakyat kedua-dua pihak. Semuanya menyaksikan, kebanyakan rakyat Taiwan menyambut baik dan menyokong lawatan tersebut. Rusuhan akibat hasutan oleh segelintir ahli DPP tidak mewakili hasrat kebanyakan rakyat Taiwan. Kami berharap DPP mengutamakan kepentingan asas rakyat Taiwan dan mengambil sikap yang rasional dan objektif terhadap hubungan Taiwan dengan Tanah Besar."

Rundingan selanjutnya antara ARATS dengan SEF akan diadakan pada tahun depan. Rundingan tersebut bertemakan pembanterasan jenayah, kerjasama dalam biang kewangan, tenaga penangkap ikan, perindustrian, perlindungan harta intelek dan saling menghantar wartawan untuk bertugas dalam jangka panjang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |