Lawatan pertama Presiden Persekutuan Hubungan Seberang Selat Taiwan China (ARATS), Chen Yunlin ke Taiwan telah menghasilkan pencapaian yang memuaskan. Ia bukan sahaja memberi manfaat sebenar kepada penduduk Tanah Besar dan Taiwan, malah juga menjadikan perkembangan keamanan hubungan kedua-dua pihak lebih dinamik.
Demikian dinyatakan oleh Jurucakap penerangan Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China di Beijing pagi tadi.
Menurut beliau, lawatan Chen Yunlin ke Taiwan telah mendorong proses projek "penghantaran mel, perdagangan dan pengangkutan yang langsung" antara tanah besar dengan Taiwan. Media antarabangsa telah memberi liputan besar-besaran terhadap lawatan ini. Dengan itu, interaksi pertukaran penduduk dan kerjasama ekonomi dapat dipertingkatkan.
|