v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ketidaksamaan Jantina di Dunia Diperbaiki

2008-11-12 16:27:48 Agensi Berita Xinhua China

Ketidaksamaan jantina di seluruh dunia pada keseluruhannya diperbaiki. Antaranya, jurang perbezaan dalam aspek ekonomi, politik dan pendidikan telah berkurangan dengan ketara.

Ini terkandung dalam Laporan Indeks Kesamaan Lelaki dan Wanita 2008 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia di Geneva hari ini.

Berdasarkan laporan itu, 2/3 negara di dunia mencapai kemajuan yang besar dalam mengurangkan jurang perbezaan antara lelaki dengan wanita. Norway, Finland dan Sweden negara yang terkehadapan dalam perkara ini. China pula berada pada tempat ke-57, meningkat daripada tempat ke-74 pada tahun 2007, dan kedudukan golongan wanita negara ini telah meningkat dengan ketara dari aspek pendidikan, penglibatan dalam kegiatan politik dan ekonomi.

Laporan tersebut mengambil sampel dari 130 buah entiti ekonomi di seluruh dunia dalam aspek gaji, peluang pekerjaan, hak bersuara dalam badan pembuat dasar, pendidikan dan keluarga.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |