Jumlah gas asli yang dibekalkan oleh Rusia kepada Ukraine pada tahun depan akan mencapai 55 bilion meter padu, iaitu sebanyak dengan pembekalan tahun ini.
Agensi Berita Itar-Tass memetik sumber Syarikat Perindustrian Gas Asli Rusia Berhad sebagai berkata, presiden syarikat itu, Alexei Miller telah mencapai kata sepakat dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Petroleum Gas Asli Ukraine, Oleg Dubinin tentang pembekalan dan pengangkutan gas asli. Kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan tentanga harga berkenaan pada masa terdekat ini.
Topik perbincangan utama mereka bagi melaksanakan kerjasama memorandum mengenai gas asli yang ditandatangani pada 2 Oktober lalu. Mulai 1 Januari tahun depan, kedua-dua syarikat tersebut akan menjalin hubungan jangka panjang dalam isu pembekalan gas asli, di samping mencapai harga yang boleh diterima tentang pengangkutan berkenaan.
|