Peta bulan pertama yang dihasilkan oleh China berdasarkan data-data yang dirakamkan oleh Satelit "Chang'e I" dari 20 November 2007 hingga 1 Julai tahun ini diumumkan hari ini.
Peta ini merupakan peta yang paling lengkap di dunia tentang permukaan bulan.
Pengurus dari Jabatan Perindustrian Sains dan Teknologi Pertahanan China menyatakan, satelit tersebut berada dalam keadaan yang baik, dan akan terus mengumpulkan data berkenaan bagi program penyelidikan sains.
|