China perlu meningkatkan penyeliaan dan pemeriksaan terhadap dana dan barang bantuan untuk gerakan menyelamat bencana gempa bagi menjayakan pembangunan semula pasca bencana. Perkara itu diputuskan oleh Kumpulan Pimpinan Penyeliaan dan Pemeriksaan Dana dan Barang Bantuan Menyelamat Bencana Gempa Bumi China yang mengadakan taklimat di Beijing semalam.
Operasi menyelamat bencana gempa bumi telah memasuki tahap pembangunan semula pada masa sekarang. Kumpulan itu meminta pelbagai badan yang berkenaan berusaha menjamin dana dan barang bantuan digunakan secara berkesan dalam pembangunan semula.
|