Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memutuskan semua laluan darat dengan Republik Korea bermula pada 1 Disember ini. Ketua delegasi DPRK rundingan DPRK-Republik Korea peringkat jeneral memaklumkan taklimat tersebut kepada pihak Republik Korea hari ini.
DPRK menyatakan bahawa walaupun pihak berkuasa Republik Korea mengumumkan untuk menghormati dua perisytiharan yang ditandatangani dengan DPRK serta berusaha memulihkan dialog, tetapi ia tetap menjalankan kekgiatan untuk menentang DPRK.
Menurut DPRK, tindakan tersebut merupakan tindakan tahap pertama. Pihak berkuasa Republik Korea perlu menyedari bahawa hubungan antara kedua-dua pihak tersebut mungkin terputus secara menyeluruh jika ia tidak mengubah dasarnya.
Jurucakap Kementerian Penyatuan Republik Korea menyatakan hari ini bahawa tindakan DPRK tersebut nescaya akan menjejaskan hubungan kedua-dua pihak Semenanjung Korea. Kerajaan Republik Korea berharap untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama dengan DPRK melalui dialog dan kerjasama pada bila-bila masa.
|