Tentera Iran berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu bumi ke bumi baru yang dipanggil "Sejil" hari ini.
Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammad Najjar menyatakan bahawa Iran melancarkan peluru berpandu tersebut bertujuan untuk pertahanan wilayah serta memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. Operasi tersebut tidak bertujuan khusus kepada sesebuah negara.
|