v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menteri Kewangan dan Presiden Bank Pusat Negara-negara Afrika Bincangkan Langkah Hadapi Krisis Kewangan Dunia

2008-11-13 14:11:41 CRI

Menteri-menteri kewangan dan Presiden Bank Pusat negara-negara Afrika mengadakan sidang mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara Afrika untuk menghadapi krisis kewangan dunia yang semakin teruk.

Perdana Menteri Tunisia, Mohamed Ghannouchi yang merasmikan sidang tersebut menyatakan sidang yang diadakan tiga hari sebelum Sidang Kemuncak Kewangan Kumpulan 20 oleh menteri-menteri kewangan negara Afrika dan Presiden Bank Pusat adalah untuk menyuarakan pandangan Afrika. Katanya, mereka menantikan punca krisis ini diperoleh dalam sidang kemuncak nanti supaya dapat mengambil langkah konkrit dan mengubahsuai struktur kewangan dunia.

Negara-negara Afrika berharap tercapai pendirian bersama bagi menyelesaikan krisis kewangan dunia ini melalui sidang tersebut. Para peserta sidang akan membincangkan pengaruh krisis kewangan terhadap ekonomi negara-negara Afrika.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |