v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kemboja dan Thailand Akan Membuat Garis Sempadan di Kawasan yang Dipertikaikan
2008-11-13 16:16:53 CRI

Kemboja dan Thailand akan membuat garis sempadan di kawasan yang dipertikaikan pada bulan depan dan mengundurkan tentera dari kawasan berhampiran Kuil Preah Vihear pada Januari tahun depan.

Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hor Namhon telah berbincang dengan Menteri Luar Thailand, Sompong Amornvivat dan bersetuju kedua-dua pihak meletakkan batu sempadan di kawasan yang dipertikaikan untuk mengelakkan pertempuran bersenjata berlaku lagi. Selain itu, kedua-dua pihak akan menggabungkan sebuah kumpulan untuk membuang periuk api yang tertanam di kawasan itu selepas mengundurkan tentera masing-masing dari sempadan.

Rundingan Kemboja dengan Thailand berlangsung selama tiga hari di Siem Reap, Kemboja pada 10 November lalu. Sompong Amornvivat menyatakan kedua-dua pihak telah menyelesaikan kebanyakan topik rundingan, namun perjanjian yang dicapai kedua-dua pihak masih memerlukan kelulusan Parlimen Thailand.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |